Friday, September 24, 2010

MUZIK – PLATFORM KEPADA MOTIVASI & BIMBINGAN KEPADA BELIA & REMAJA


Persatuan Pencinta Seni & Muzik Malaysia (PERIMU) telah ditubuhkan dengan
rasminya pada 6hb April 2005. Mula beroperasi secara serius pada 2009 setelah
mendapat suntikan semangat selepas mengadakan Program Jati Diri Unggul di Sekolah
Menengah Kebangsaan (f) Jelai, Gemas, Negeri Simbilan, bersama beberapa NGO lain di
antaranya Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Yayasan Muslimin Malaysia,
Pertubuhan PENAWAR Warisan KL/SEL dan Kelab Peminat Motosikal “Riders Malaya
Community” (RMC).

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Noorsiah Sabri (Pengarah Taman
Budaya KL) dan En. Zaifri Husin (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengukuhan Seni
Budaya, JKKN) kerana selepas menghadiri sessi bersama NGO di Taman Budaya Kuala
Lumpur pada Oktober 2009, telah membuka peluang kepada PERIMU mengaktifkan
program dan aktiviti yang dirancang.

2010 adalah tahun di mana PERIMU meningkatkan usaha di dalam membangunkan
program Seni & Muzik yang bermula dengan aktiviti muzik untuk mewujudkan platform
bagi melancarkan perjalanan program PERIMU seterusnya.
15 tahun pengalaman di dalam aktiviti kebajikan secara umumnya, membolehkan ahli
PERIMU melangkah dengan menjadikan Seni & Muzik sebagai platform di dalam
aktiviti Pembangunan Modal Insan.

Tarikh 28 Ogos 2010, jam 8.00 malam adalah tarikh dan masa keramat bagi PERIMU di
mana Pelancaran Album AURA telah dirasmikan oleh Pn Hajah Noorsiah Sabri,
Pengarah Taman Budaya KL selaku wakil kepada Dato’ Mohammed Bin Mohd Daud,
Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan
Kebudayaan, bertempat di Taman Budaya Kuala Lumpur, sempena program Semarak
Merdeka dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim di sekitar Lembah
Kelang.

Album AURA - Suatu Pesanan Suatu Bimbingan merupakan Album sulung PERIMU
bagi menjayakan Program Bengkel Bimbingan Kesenian Remaja juga Belia. Diwujudkan
khusus untuk remaja sekolah menengah bertujuan membimbing remaja yang mempunyai
masalah disiplin, murung / lemah di dalam pelajaran dan masalah keluarga, selain
daripada remaja yang memang minat dan cenderung kepada seni & muzik, menjadikan
program PERIMU sebagai platform atau batu loncatan untuk berjaya di dalam bidang
yang diceburi.

PERIMU mewujudkan kumpulan AURA dikalangan ahlinya sendiri bagi memberi suatu
inspirasi di dalam hala tuju dan maksud program yang hendak disampaikan. Semua lagu3
lagu di dalam Album Suatu Pesanan Suatu Bimbingan ini adalah 100% dari hasil kerja
ahli-ahli PERIMU sendiri.

Lagu-lagu berunsur cerita, nasihat dan munajat ketuhanan dimuatkan di dalam album
tersebut bagi memudahkan aktiviti bengkel di lapangan.

Program bengkel tersebut terbahagi kepada 3 ketegori iaitu;
i.) Program PREBIU ke sekolah-sekolah yang mengambil masa lebih kurang 2 –
3 jam (PERCUMA),
ii.) Program bengkel jangka pendek peringkat sekolah dengan masa 2 – 3 hari
pada hujung minggu (KADAR BAYARAN - KEMAMPUAN PELAJAR
DAN PIHAK SEKOLAH - PIBG)
iii.) Program Khusus yang mengambil masa 3 – 7 hari pada lokasi tertentu seperti
tempat-tempat rekreasi dan percutian (KADAR BAYARAN -
KEMAMPUAN PELAJAR, PIBG & TAJAAN-TAJAAN yang diusahakan
oleh Pihak Sekolah & NGO yang terlibat).

PERIMU juga bekerjasama dengan NGO lain seperti Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid
Malaysia, Pertubuhan PENAWAR Warisan Sel/KL dan Komuniti Internet Peminat
Motorsikal Semalaysia (Riders Malaya Community & ZzrianzOldSkool) bagi sama-sama
membantu di dalam mencari alternatif sumber tajaan dan aktiviti seterusnya.
Program ini juga membantu kerajaan di dalam menangani permasalahan sosial remaja
seperti MAT & MINAH REMPIT dan sebagainya. Kita tahu dan sedia maklum setiap
kehidupan di semua peringkat umur serta latar belakang, minat kepada seni & muzik
sama ada langsung mahupun tidak langsung tidak boleh dinafikan. Malah program
seterusnya akan menjurus kepada khidmat nasihat untuk guru-guru, ibubapa dan
masyarakat secara amnya di dalam menjadi pendokong terhadap segala usaha yang
dilaksanakan. Ini bertujuan agar semua program dan aktiviti berkesinambungan terhadap
semua lokasi/tempat program yang dilaksanakan.

Program Pembangunan Modal Insan ini tidak bertujuan untuk menjadikan seni &
muzik sebagai arah tuju dan matlamat hidup tetapi ianya adalah platform untuk
membuang kebosanan diri dan menjadi alat untuk berfikir (positif – capai cita-cita) di
kala bersendirian.

PERIMU memberi khidmat membimbing di dalam penggunaan seni & muzik supaya
pilihan dan corak permainan alat muzik dan persembahan muzik tidak liar dan ianya
selari dengan tujuan dan matlamat aktiviti dan program yang dianjurkan.

Read more...

Followers

Text

  ©Template by Dicas Blogger.